LANGKAH PERTAMA
Langkah pertama yang merupakan asas dalam melakukan ialah jangan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik. Iaitu:
- Untuk membolehkan supaya tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik, menjadi kewajipan supaya tahu, boleh menghurai dan menerangkan apa itu syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik.
- Jangan melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah, jangan memperkatakan dengan lisan lidah, jangan memikirkan dengan fikiran, jangan ada yang terlintas di dalam hati tentang yang akan membuahkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri; dan jangan memperkatakan dengan lisan lidah, jangan memikirkan dengan fikiran, jangan ada yang terlintas di dalam hati tentang keberadaan Allah di ketika masih lagi merasakan keberadaan badan diri sendiri kerana ini amat penting dan merupakan asas kepada bertaubat dengan taubat nasuha." Kerana setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang syirik, apabila merasa sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri sendiri sendiri, secara tersendiri atau secara automatik akan berlaku tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan kepada (sifat yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri yang disangka pula sebagai sifat Allah). Tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang syirik ini, juga merupakan sedang melakukan pemisah antara jasad dengan ruh yang tiada bersuara, tiada berhuruf dan tiada kata-kata.
Setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik, sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, apabila merasai sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri sendiri, secara tersendiri atau secara automatik akan berlaku sebulat-bulat tumpuan kepada sifat yang bukan yang dirasai sebagai sifat badan diri sendiri dan kepada ( sifat yang bukan yang dirasai sebagai sifat badan diri sendiri yang disangka pula sebagai sifat Allah ). Inilah yang membolehkan seseorang itu melakukan apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam firman Allah pada Surah Al-Muzammil ayat 8:
"Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
SYIRIK, PEMBAHAGIANNYA SERTA PERKARA-PERKARA YANG APABILA DILAKUKAN AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA SYIRIK
Syirik adalah mengadakan tuhan yang lain di sisi, di samping atau bersama-sama Allah sama ada yang telah
- dilakukan dengan perbuatan anggota badan
- Diperkatakan dengan lisan lidah
- Difikirkan dengan akal fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya
Syirik terbahagi kepada 3 iaitu syirik yang terang, syirik yang tersembunyi, syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi
Syirik yang pertama ialah Syirik yang terang atau syirik yang nyata ialah melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah
Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang terang ialah melakukan ritual penyembahan seperti menyembah matahari, menyembah patung, menyembah api dan lain-lain.
Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan yang ia tidak boleh melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah, jika ia melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah bermakna ia telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata.
Ini telah terbukti kepada orang yang telah dilahirkan di dalam keluarga yang beragama Islam, mereka tidak pernah melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah kerana mereka tahu dengan penuh keyakinan (yakin tanpa ragu), jika mereka melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah bermakna mereka telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata...
Syirik yang kedua ialah syirik yang tersembunyi iaitu merasai keberadaan badan diri sendiri atau merasai keberadaan sesuatu selain daripada Allah
Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi ialah sangkaan kepada ada diri sendiri, sama ada dengan cara
- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya
Tentang keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain.
Setiap seorang mesti tahu, boleh menerang dan menghuraikan yang ia tidak boleh merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri atau keberadaan makhluk lain sama ada yang telah dilakukan dengan cara
- diperkatakan dengan lisan lidahnya
- Difikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya
Tentang perkara-perkara yang menunjukkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain.
Setiap seorang mesti tahu, boleh menghuraikan dan menerangkan Jika seseorang itu sama ada telah
- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya
Tentang keberadaan, keakuan atau keupayaan badan dirinya sendiri atau tentang keberadaan makhluk-makhluk selain daripada Allah bermakna ia telah dan sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.
Dengan tahu dan boleh menghuraikan yang seseorang itu tidak boleh sama ada
- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya
Tentang keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri atau tentang keberadaan makhluk-makhluk selain daripada Allah dan jika telah sama ada
- diperkatakan dengan lisan lidahnya
- Difikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya
Tentang keberadaan badan diri sendiri atau tentang keberadaan makhluk-makhluk selain daripada Allah bermakna ia sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.
Dengan tahu, boleh menghurai dan menerangkan sedemikian rupa sehingga akan menjadi satu keyakinan (yakin tanpa ragu), akan menyebabkan seseorang itu terhenti daripada melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.
Syirik yang ketiga ialah syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi iaitu bersangka Allah
Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ialah sangkaan kepada ada Allah sama ada yang dilakukan dengan cara
- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya
Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain
Setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan, Jika seseorang itu sama ada telah
- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya
Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain
Bermakna ia sedang melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi
Dengan tahu dan boleh menghuraikan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi sehingga menjadi satu keyakinan (yakin tanpa ragu), akan menyebabkan seseorang itu akan terhenti daripada melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Kerana ia telah tahu dengan yakin tanpa ragu, jika ia sama ada telah
- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya
Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain bermakna ia telah melakukan perkara-perkara yang apabila ia lakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Dengan ini ia mesti berusaha supaya ia tidak akan sama ada
- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya
Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain kerana telah timbul keyakinan tanpa ragu kepada dirinya jika ia sama ada telah
- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya
Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain ia telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Keterangan tentang akan berlakunya syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ini terdapat keterangannya di dalam firman Allah pada Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Di dalam firman di atas Allah telah menerangkan bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada badan diri sendiri yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang ada pada makhluk yang dipandang sebagai keberadaan makhluk tersebut. Adalah merupakan apa yang telah dihubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya
Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk sesuatu selain daripada Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI
Allah berfirman memperjelaskan bahawa tidak ada pada sesuatu makhluk sifat-sifat ketuhanan itu
Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan.
Di sini memperjelaskan lagi bahawa sesiapa yang merasakan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri di samping ada Allah sebenarnya sedang berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
KEBERADAAN BADAN DIRI SENDIRI DIISTILAH PADA DIRI SENDIRI APABILA DISEBUT AKAN DISEBUT SEBAGAI AKU
SEDANG MERASAI ADA BADAN DIRI SENDIRI JIKA DIHURAIKAN SECARA LISAN AKAN MEMBAWA MAKNA BAHAWA ORANG YANG SEDANG MERASAKAN KEBERADAAN, KEAKUAN ATAU KEUPAYAAN BADAN DIRINYA SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH.
MENGETAHUI YANG SIFAT ADA DAN SEGALA SIFAT KETUHANAN SEPERTI (ILMU, HAYAT, QUDRAT, IRODAT, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAINNYA) ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA DAN BERSIFAT DENGAN SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH
APABILA SESEORANG ITU MERASAKAN YANG BADAN DIRINYA BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA BERMAKNA IA SEDANG MERASAI SIFAT KETUHANAN ALLAH (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT BADAN DIRINYA SENDIRI..
OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT KETUHANAN ALLAH, MAKA SEDANG MERASA ADA BADAN DIRI SENDIRI BERMAKNA ORANG TERSEBUT SEDANG MELETAK ATAU MENGISBATKAN SIFAT KETUHANAN ALLAH KEPADA BADAN DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..
Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri membawa makna sedang bertuhankan kepada nafsu sendiri sepertimana firman Allah pada
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
ATAU DENGAN KATA LAIN SEDANG MENJADIKAN KEUPAYAAN BADAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN SELAIN DARIPADA ALLAH, SEDANG MENJADIKAN YANG BUKAN TUHAN IAITU KEUPAYAAN BADAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN DI SISI ATAU DI SAMPING ALLAH.
Hawa nafsu sendiri atau keupayaan badan diri sendiri bukan tuhan tetapi telah dijadikan sebagai tuhan yang lain di sisi atau di samping Allah
Ini adalah perbuatan sedang sekutukan badan diri sendiri dan makhluk-makhluk sebagai sekutu dengan Allah
Begitu juga jika seseorang memandang ada makhluk selain daripada ada Allah membawa makna orang tersebut sedang meletakkan sifat ketuhanan Allah kepada makhluk tersebut yang membawa erti ia sedang menjadikan makhluk tersebut sebagai tuhan selain daripada Allah, bermakna sedang bertuhankan kepada dua atau lebih Tuhan selain daripada Allah membawa makna sedang menyekutui Allah dengan sesuatu yang lain. Keadaan ini juga dipanggil sebagai syirik
Firman Allah yang memperjelaskan bahawa hanya ada tuhan yang satu (maha esa) dan larangan supaya jangan bertuhankan kepada dua tuhan
Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).
Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
Apabila seseorang telah membaca firman Allah pada Surah Saba' ayat 27, tahulah ia bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk termasuk pada badan diri sendiri adalah sifat ketuhanan kepunyaan Allah, makhluk tidak mempunyai sifat ketuhanan. Sifat ketuhanan yang ada pada makhluk akan dirasakan sebagai sifat makhluk tersebut kerana seseorang itu masih memandang keberadaan makhluk tersebut.
Sebenarnya sifat ketuhanan yang ada pada makhluk tersebut adalah sedang menunjuk atau menerangkan itu adalah sifat ketuhanan Allah
Ini yang telah diketahui, semasa diketahui yang sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk itu adalah sifat ketuhanan Allah, jauh di dalam rasa perasaan yang merasai seseorang itu tetap akan merasai akan keberadaan badan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah, Dengan pengetahuan yang diketahui ini tidak akan menghilangkan akan keberadaan badan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu yang lain, selain daripada Allah
Maksudnya dengan mengetahui bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya adalah sifat ketuhanan Allah, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri.
Perkara ini baru berada di dalam ilmu dan pengetahuannya, belum lagi berlaku di dalam perlakuannya kerana di dalam perlakuannya ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan badan dirinya sendiri.
Di sini timbul dua keadaan yang berbeza iaitu apa yang ada di dalam ilmu dan pengetahuannya ialah segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya ialah sifat ketuhanan Allah
Dan yang kedua ialah apa yang sedang dilakukan pula ia sedang merasai segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya ialah sifat badan dirinya sendiri sebab ia masih lagi merasakan keberadaan badan dirinya sendiri
Apa yang sedang berlaku di dalam keadaan ini ialah sudah ada di dalam ilmu dan pengetahuannya bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya ialah sifat ketuhanan kepunyaan dan milik Allah, tetapi ia masih lagi merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya adalah sifat kepunyaan dan milik badan dirinya yang sedang dirasakan keberadaan badan dirinya sendiri.
Apa yang akan berlaku jika ia sama ada telah
- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya
Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain ialah akan timbul sangkaan yang sedang menyangka sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan dirinya sendiri itulah yang akan disangka sebagai sifat ketuhanan kepunyaan dan milik Allah.
Setiap seorang tidak boleh memperkatakan yang sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya adalah sifat Allah di ketika ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan badan dirinya sendiri kerana apa yang akan berlaku ialah dia akan memperkatakan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan atau yang sedang disangka sebagai sifat badan diri sendiri itu adalah sebagai sifat ketuhanan Allah
Keadaan ini akan berlaku dengan cara yang tidak disedari.
Seseorang yang sedang memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya sendiri adalah sifat ketuhanan Allah, di dalam keadaan ia sedang merasai akan keberadaan badan dirinya sendiri menyangka bahawa apa yang telah diperkatakan tersebut ia telah mengesakan Allah tetapi sebenarnya apa yang sedang diperkatakan tersebut adalah merupakan syirik kerana sebenarnya ia sedang menyangka keberadaan badan dirinya yang sedang dirasakan keberadaannya itulah yang akan disangka sebagai keberadaan Allah.