← KEMBALI KE MUKA UTAMA
PETUNJUK SEBENAR • BAB 05

SESUNGGUHNYA PETUNJUK ALLAH SEBENAR-BENAR PETUNJUK

FIRMAN ALLAH

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
(2.Surah Al-Baqarah ayat 120)

Dan (mereka berkata lagi): "Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang-orang yang mengikut agama kamu". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah".
(Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya.
(3.Surah 'Āli `Imrān ayat 73)

Katakanlah: "Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan agama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya): "Marilah bersama-sama kami. "Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
(6.Surah Al-'An`ām ayat 71)

MENTAUHID ATAU MENGESAKAN ALLAH ADALAH HASIL DARI LIMPAH KURNIA ALLAH KEPADA UMAT MANUSIA

"Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mentauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
12.Surah Yūsuf ayat 38

HANYA KEPADA ALLAH JUALAH TERTENTUNYA URUSAN MEMBERI PANDUAN YANG MENERANGKAN JALAN YANG LURUS

Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).
(16.Surah An-Naĥl ayat 9)

JIKA ALLAH TIDAK PIMPIN, MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMPEROLEHI PETUNJUK

Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
(7.Surah Al-'A`rāf ayat 43)

JIKA ALLAH TIDAK PIMPIN DAN BERIKAN PETUNJUK, MAKA AKAN MENJADILAH ORANG YANG SESAT

Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
(6.Surah Al-'An`ām ayat 77)

ORANG YANG ALLAH JANJI UNTUK PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS

ORANG YANG ALLAH JANJI UNTUK PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS IAITU MENJADI SEORANG "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK" IALAH

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka dengan perintah yang disebut dalam Surah An-Nisā' ayat 66, nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit daripada mereka.

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
(4.Surah An-Nisā' ayat 66)

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
(4.Surah An-Nisā' ayat 67)

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
4.Surah An-Nisā' ayat 68

Salah satu daripada firman Allah yang telah memperjelaskan tentang satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan syaitan ialah

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
(15.Surah Al-Ĥijr ayat 39)

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
(15.Surah Al-Ĥijr ayat 40)

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
(15.Surah Al-Ĥijr ayat 41)

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
(15.Surah Al-Ĥijr ayat 42)

Dengan ini menerangkan bahawa Allah akan memimpin orang yang melakukan perintah Allah yang dirujuk dalam Surah An-Nisā' ayat 66 ke jalan yang lurus.

Kejalan yang lurus iaitu dengan maksud Allah akan menjadikan orang yang melakukan perintah Allah yang dirujuk dalam Surah An-Nisā' ayat 66 sebagai seorang "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK".

Orang yang dibersihkan daripada sebarang syirik, mereka tidak akan mempersekutukan Allah dengan yang lain. Inilah orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya (Allah)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;

OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DI DALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..
(18.Surah Al-Kahf ayat 110)

Mereka inilah orang-orang yang khusyuk

KHUSYUK IALAH YAKIN AKAN MENEMUI TUHANNYA IAITU ALLAH DAN YAKIN AKAN KEMBALI KEPADANYA IAITU ALLAH

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(2.Surah Al-Baqarah ayat 45)

(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
(2.Surah Al-Baqarah ayat 46)

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
(23.Surah Al-Mu'minūn ayat 1)

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
(23.Surah Al-Mu'minūn ayat 2)

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
(4.Surah An-Nisā' ayat 69)

Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).
(4.Surah An-Nisā' ayat 70)

Di dalam surah dan ayat yang lain Allah telah memperjelaskan bahawa perintah yang dirujuk dalam Surah Al-Baqarah ayat 54 adalah merupakan salah satu jalan untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik.

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,

maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;

[ungkapan perintah dalam Surah Al-Baqarah ayat 54]

Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
(Surah Al-Baqarah ayat 54)

Di dalam firman Allah pada Surah Al-Baqarah ayat 54, Allah menerangkan bahawa kaum Nabi Musa telah melakukan syirik dengan menyembah patung anak lembu.

Nabi Musa telah mengarahkan kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut dengan perintah yang dirujuk dalam Surah Al-Baqarah ayat 54.

SESUNGGUHNYA KISAH NABI-NABI MENGANDUNGI PELAJARAN YANG MENDATANGKAN IKTIBAR BAGI ORANG-ORANG YANG BERAKAL

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
(12.Surah Yūsuf ayat 111)

SIAPAKAH ORANG YANG BERAKAL MENGIKUT KETERANGAN DARI ALLAH YANG TERKANDUNG DI DALAM FIRMAN ALLAH PADA

‎إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Ulil Albab)
(3.Surah 'Āli `Imrān ayat 190)

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(3.Surah 'Āli `Imrān ayat 191)

UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERAKAL SEPERTIMANA YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH SEPERTI DI ATAS, SETIAP SEORANG MESTI TAHU, BOLEH MENGHURAI DAN MENERANGKAN BAGAIMANA UNTUK MENYEBUT NAMA ALLAH SEHINGGA AKAN MENDATANGKAN "INGAT KEPADA ALLAH"

Mengikut dari firman Allah pada Surah Yūsuf ayat 111

Hanya orang yang berakal mengikut sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah sahaja yang boleh mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa Nabi-Nabi yang terkandung di dalam Al-Quran.

Orang yang berakal ialah orang yang sentiasa "INGAT KEPADA ALLAH" di ketika ia berdiri, duduk dan berbaring mengiring". Jadi berdasarkan kepada firman Allah pada Surah Yūsuf ayat 111, hanya orang yang sentiasa "INGAT KEPADA ALLAH" di ketika berdiri, duduk dan berdiri yang akan boleh mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa Nabi-Nabi yang terkandung di dalam Al-Quran.

Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah yang dirujuk dalam Surah An-Nisā' ayat 66, di sini ada dua perkara yang dibincangkan oleh penulis: bahagian pertama berkaitan hilangnya keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri; bahagian kedua berkaitan keluarnya seseorang dari "KEGELAPAN SYIRIK KEPADA CAHAYA TAUHID".

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (syirik) kepada cahaya (tauhid). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (tauhid) kepada kegelapan (syirik). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(2.Surah Al-Baqarah ayat 257)

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (syirik) kepada cahaya (tauhid) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
(5.Surah Al-Mā'idah ayat 16)

JADI SETIAP ORANG YANG INGIN MENUJU KEPADA JALAN YANG LURUS ATAU MENJADI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK MESTILAH MENGETAHUI APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERINTAH ALLAH YANG DIRUJUK DALAM SURAH AN-NISĀ' AYAT 66

Dan bagaimanakah yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah

76.Surah Al-'Insān ayat 29

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān ayat 30

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH YANG MANA SATU... INILAH MERUPAKAN JALAN ALLAH

Salah satu daripada perintah Allah yang apabila dilakukan hikmahnya akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri ialah

Seperti yang terkandung di dalam SURAH AL-MUZZAMMIL ayat 8

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Ini adalah cara untuk menyebut nama Allah dengan lisan lidah dan secara tersembunyi di dalam hati yang perlu dilakukan sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah

Bagaimana hendak menyebut nama Allah dengan lisan lidah boleh dilakukan mengikut daripada firman Allah pada

Surah Al-'Isrā' ayat 110..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati boleh dilaksanakan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam sabda Rasulullah saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,
- Tongkatkan lidah mu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya

Sebelum daripada melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw seperti di atas terlebih dahulu

Setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana untuk melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw seperti di atas sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah....

Setelah tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana cara untuk melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah seperti di atas mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah....

Barulah dilakukan perintah Allah

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Dengan cara tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata iaitu tidak melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah

Tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi iaitu tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, memikirkan dengan fikiran dan tidak ada lagi yang terlintas di dalam hati tentang perkara-perkara yang menunjukkan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri

Tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi iaitu tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, memikirkan dengan fikiran dan tidak ada lagi yang terlintas di dalam hati tentang keberadaan Allah di ketika sedang dan masih merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri.

Setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Sebut Allah, Allah, Allah dengan lisan lidah tanpa putus

Setiap sebutan Allah yang disebut itu hendaklah dituju kepada sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Di tempat pertemuan di antara menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Sehingga sebutan Allah yang disebut dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah berlaku di dalam satu masa yang sama dan menyatu menjadi satu.

Di sinilah tempat berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah di mana tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah akan menjadi "PENYAKSIAN"

Dan menyebut nama Allah akan menjadi sebagai "PENGAKUAN" bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah ialah sifat ketuhanan Allah.

"PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH" hanya berlaku di tempat pertemuan di antara menyebut nama Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah yang telah berlaku di dalam satu masa yang sama sehingga menyatu menjadi satu.

Sebelum berlaku pertemuan di antara menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah sehingga menjadi satu tidak akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada sifat ketuhanan Allah.

PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH AKAN BERLAKU SEPERTIMANA IKTIBAR PENGAJARAN DARI PERISTIWA NABI MUSA MEMOHON UNTUK MELIHAT ALLAH

7.Surah Al-'A`rāf dari ayat 143

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalli" kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.

Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman.

Perkara yang sama telah berlaku kepada Saidina Ali sepertimana telah diperjelaskan di dalam sebuah hadis

hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi

Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?

Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah.

Berkatalah Ali: Tiap orang berzikir pada Allah.

Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.

Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?

Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.

Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.

Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf kepada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.

Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda :

Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sedar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.

“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”. Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.
“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.

Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran?
(10.Surah Yūnus ayat 32)

(Sebagaimana benarnya ketuhanan itu bagi Allah sahaja) demikianlah benarnya kalimah ketetapan hukum Tuhanmu, terhadap orang-orang yang fasik kerana bahawasanya mereka tidak beriman.
(10.Surah Yūnus ayat 33)

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
(11.Surah Hūd ayat 112)

Di sini belum dibincangkan cara hendak menyebut Allah secara tersembunyi di dalam hati.

Sebelum melakukan perintah Allah

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Seseorang itu terlebih dahulu mesti tahu, boleh mencerita dan menghuraikan apa itu syirik, pembahagian syirik dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi atau syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Setelah seseorang itu tahu, boleh menerang dan menghuraikan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi atau syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, barulah ia akan boleh tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi atau syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Jika seseorang itu tidak tahu, tidak boleh menerang dan tidak boleh menghuraikan apa itu syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi atau syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, bagaimana ia akan boleh tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi atau syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Jika seseorang itu melakukan perintah Allah

"Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."

Yang disertakan dengan sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi atau syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Apa yang dilakukan tersebut tidak akan berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada sifat ketuhanan Allah, selagi belum berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada sifat ketuhanan Allah, tidak akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah. Selagi belum berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah, tidak akan berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah yang mengenal Allah.

Akan Gugur segala amal yang dilakukan di dalam keadaan syirik

39.Surah Az-Zumar ayat 65

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.

6.Surah Al-'An`ām ayat 88

Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).

Apa yang perlu dibincangkan terlebih dahulu sehingga setiap orang tahu dan boleh menghuraikan sendiri perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi supaya ia tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi kerana ia sudah tahu jika ia melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi bermakna ia sedang melakukan perbuatan syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi..

Jika seseorang itu tidak tahu dan tidak boleh menghuraikan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Bagaimana ia boleh tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi kerana ia sendiri tidak tahu dan tidak boleh menghuraikan sendiri apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi...

Apa yang perlu dibincangkan sehingga setiap orang tahu dan boleh menghuraikan sendiri ialah apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Dipersilakan ....

Oleh Adnan Al-Yani