PETUNJUK SEBENAR • PENUTUP

PENUTUP

SETIAP ORANG TIDAK AKAN MAMPU UNTUK MEMBERSIHKAN DIRINYA DARI SEBARANG PERBUATAN SYIRIK

TETAPI APA YANG BOLEH DILAKUKAN IALAH LAKSANAKAN PERINTAH ALLAH DAN RASULNYA, YANG APABILA DILAKSANAKAN PERINTAH TERSEBUT ALLAH AKAN MENJADIKAN ORANG TERSEBUT SEBAGAI SEORANG "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK"

ORANG "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK" IALAH ORANG YANG TIDAK AKAN SEKUTUKAN ALLAH DENGAN YANG LAIN.

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?"

(Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu.

Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?"

Katakanlah:

"Aku tidak mengakuinya".

Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".
(6.Surah Al-'An`ām ayat 19)

Orang yang tidak sekutukan Allah dengan yang lain ialah orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
(18.Surah Al-Kahf ayat 109)

Allah tidak akan boleh diterangkan dengan apa cara sekalipun air lautan dijadikan dakwat untuk menerangkannya. Namun demikian bagi orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah, Allah telah menunjukkan jalan dan cara yang perlu dilakukan sepertimana di dalam firmanNya pada

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;

OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DI DALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"
(18.Surah Al-Kahf ayat 110)

Orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah tidak akan berusaha untuk menerangkan tentang Allah kerana ia tahu yang Allah tidak terterangkan walaupun Allah jadikan air lautan sebagai dakwat untuk menerangkannya dan ditambah lagi dengan tujuh air lautan tetap Allah tidak akan terterangkan.

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".

Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
(31.Surah Luqmān ayat 25)
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
(31.Surah Luqmān ayat 26)
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(31.Surah Luqmān ayat 27)

Apa yang akan dilakukan oleh orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah ialah

"IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN IA TIDAK MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DI DALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"
(Surah Al-Kahf ayat 110)

Orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah ialah orang yang khusyuk.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(2.Surah Al-Baqarah ayat 45)
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
(2.Surah Al-Baqarah ayat 46)

Kesimpulannya orang yang khusyuk ialah orang "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK"

Orang "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK" ialah orang yang dipimpin oleh Allah "KE JALAN YANG LURUS"

Dalam nota asal, Surah An-Nisā' ayat 66 dirujuk berulang kali sebagai satu perintah yang perlu difahami dan dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Ungkapan tersebut dibincangkan di sini sebagai rujukan Al-Quran dan huraian/kiasan penulis, bukan sebagai arahan fizikal untuk mencederakan diri.
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka dengan perintah yang disebut dalam Surah An-Nisā' ayat 66, nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit daripada mereka.
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
(4.Surah An-Nisā' ayat 66)
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
(4.Surah An-Nisā' ayat 67)
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
(4.Surah An-Nisā' ayat 68)

JALAN YANG LURUS IALAH "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK"

Salah satu daripada firman Allah yang telah memperjelaskan tentang satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan syaitan ialah

Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
(15.Surah Al-Ĥijr ayat 39)
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
(15.Surah Al-Ĥijr ayat 40)
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
(15.Surah Al-Ĥijr ayat 41)
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
(15.Surah Al-Ĥijr ayat 42)
Dengan ini membawa makna, menurut huraian penulis, bahawa orang yang melaksanakan perintah Allah yang dirujuk pada Surah An-Nisā' ayat 66 mengikut kehendak Allah akan dipimpin ke jalan yang lurus dan dijadikan sebagai seorang "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK".
Setiap orang mesti tahu, boleh menghuraikan dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah yang dirujuk pada Surah An-Nisā' ayat 66 dan bagaimana hendak memahaminya mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
(76.Surah Al-'Insān ayat 29)
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
(76.Surah Al-'Insān ayat 30)

Sebelum daripada memahami dan melaksanakan perintah Allah yang dirujuk itu, setiap orang mesti tahu apakah yang dimaksudkan dengan syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Setelah itu jangan dilakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Akan gugur segala amal yang dilakukan di dalam keadaan syirik.

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
(39.Surah Az-Zumar ayat 65)
Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).
(6.Surah Al-'An`ām ayat 88)

JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN

Kerana memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan telah diberikan amaran keras oleh Allah melalui firmanNya pada

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
(61.Surah Aş-Şaf ayat 2)
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(61.Surah Aş-Şaf ayat 3)

Setiap orang yang telah memperkatakan sesuatu tentang makrifatullah mesti tahu dan boleh menghuraikan bagaimana hendak melakukan cara dan jalan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
(Surah Al-'Isrā' ayat 41)

Atau melakukan jalan untuk mengenal tuhanmu iaitu Allah.

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15)
Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci;
(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16)
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 17)
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18)
Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?
(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19)

Nabi Musa menyeru kepada Firaun "DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"

Apa yang telah difirmankan ialah jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal Tuhanmu.

Untuk mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu iaitu (ALLAH).

YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
(76.Surah Al-'Insān ayat 29)
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
(76.Surah Al-'Insān ayat 30)

Jika seseorang itu tidak tahu dan tidak boleh menghuraikan tentang bagaimana hendak melakukan cara dan jalan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, menunjukkan yang ia sedang memperkatakan sesuatu yang ia sendiri tidak melakukannya kerana bagaimana ia hendak melakukan sesuatu yang ia sendiri tidak tahu dan tidak boleh menghuraikannya?

SEDANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN AKAN MENJADI TEMPAT UNTUK SYAITAN SELALU TURUN ATAU AKAN MENJADI SARANG SYAITAN.

Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 221)
Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 222)

Siapakah pendusta ... ?

Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami.

"Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".
(6.Surah Al-'An`ām ayat 148)
Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 223)
Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 224)
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225)
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 227)
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
(43.Surah Az-Zukhruf ayat 36)
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(43.Surah Az-Zukhruf ayat 37)
Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.
(43.Surah Az-Zukhruf ayat 43)
Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).
(43.Surah Az-Zukhruf ayat 44)

PARA NABI-NABI TIDAK MEMINTA UPAH ATAS APA YANG DISAMPAIKAN ...

Surah Al-An’am dari ayat 84 - 90 menerangkan rangkaian para Nabi yang diberikan petunjuk, dipilih dan ditunjukkan ke jalan yang lurus, serta perintah supaya mengikuti petunjuk mereka. Pada ayat 90 dinyatakan:
Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka; Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya."
(6.Surah Al-'An`ām ayat 90)
Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan agama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata.
(11.Surah Hūd ayat 29)
Wahai kaumku! Tiadalah aku meminta sebarang upah daripada kamu tentang (ajaran yang aku sampaikan) itu. Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan daku.
(11.Surah Hūd ayat 51)
Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman).
(12.Surah Yūsuf ayat 103)
Padahal engkau tidak meminta kepada mereka sebarang upah tentang ajaran Al-Quran, sedang Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan dan pengajaran dari Allah bagi umat manusia seluruhnya.
(12.Surah Yūsuf ayat 104)
Dalam Surah Ash-Shu`arā' ayat 105-109, 142-145, 161-164 dan 177-180, para Rasul menyampaikan bahawa mereka tidak meminta upah atas risalah yang disampaikan dan balasan mereka terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah dari Allah, dan Ia sentiasa Memerhati serta Menyaksikan tiap-tiap sesuatu".
(34.Surah Saba' ayat 47)
Katakanlah lagi: "Sekiranya aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri, dan jika aku beroleh hidayah petunjuk maka yang demikian disebabkan apa yang telah diwahyukan oleh Tuhanku kepadaku; sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Dekat".
(34.Surah Saba' ayat 50)
(Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu..."
(42.Surah Ash-Shūraá ayat 23)

Hadis :-

Diriwayatkan dari Ali bin Muhammad melalui jalur Ubadah bin Shomit berkata: Aku mengajarkan Al-Quran dan kitab kepada penduduk Shuffah, lalu salah seorang di antara mereka memberiku busur panah. Aku berkata: hal ini tidak bayar, aku melakukannya di jalan Allah. Kemudian aku bertanya kepada Rasulullah tentang hal tersebut, baginda bersabda: jika engkau senang digantungkan dari api neraka sebab busur itu, maka terimalah.

Telah berkata Ubay bin Ka’ab: Saya telah mengajar seorang laki-laki akan Quran, lalu dihadiahkan kepada saya satu panah, lantas saya khabarkan yang demikian kepada Rasulullah SAW. Maka sabdanya: "Jika engkau ambil dia, bererti engkau ambil satu panah dari api". Lalu saya kembalikan dia. (HR. Ibnu Majah, Abu Daud)

Oleh Adnan Al-Yani

Oleh Adnan Al-Yani